
En. Mohd Amri dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) pada 1 Disember 2025.
En. Mohd Amri ialah Fellow Chartered Accountant Persatuan Akauntan Bertauliah (FCCA), memegang Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan ahli yang aktif dalam Institut Akauntan Malaysia. Beliau kini sedang mengikuti program Chartered Banker dengan The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).
En. Mohd Amri merupakan seorang profesional berpengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan rekod kepakaran yang luas meliputi pelaporan kewangan, perancangan strategik, analisis kredit, pengurusan perbendaharaan, pelaburan, kewangan korporat, audit dan banyak lagi. Beliau kini merupakan Group Financial Controller Malayan Banking Berhad (Maybank), dilantik berkuat kuasa 1 Oktober 2023 serta Head of Group Performance Reporting, Group Finance berkuat kuasa 1 November 2025. Dalam peranan penting ini, beliau memikul tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan kewangan Maybank, mengemudi pembuatan keputusan yang bermaklumat dan memastikan pematuhan kepada peraturan kewangan, meliputi pelaporan kewangan, pelaporan kawal selia, perakaunan, perolehan strategik dan kawalan produk perbendaharaan.
Dalam Kumpulan Maybank , En. Mohd Amri menganggotai lembaga pengarah MBB Labs Private Limited, Maybank Alliances Sdn. Bhd., BPK Nominees Sdn. Bhd., Cekap Mentari Berhad, Maybank Offshore Corporate Services ( Labuan ) Sdn. Bhd., Maybank Allied Berhad, BPK Credit & Leasing Sdn. Bhd., Maybank International Trust ( Labuan ) Berhad, Dourado Tora Holdings Sdn. Bhd. dan PT Prosperindo.
Kemas kini terakhir pada 9 Disember 2025