Pengumuman Penting

Amaran Wakil Tanpa Kebenaran

Malaysia

Kami telah dimaklumkan tentang individu yang menghubungi pelanggan dan mendakwa secara palsu mewakili Etiqa. Mereka mungkin cuba mengumpul maklumat peribadi atau membuat perubahan pada polisi/sijil anda tanpa pengetahuan penuh anda.

Sila berhati-hati jika seseorang yang mendakwa mewakili Etiqa menghubungi anda, terutamanya jika mereka bukan ejen sah atau ejen perkhidmatan anda. Jangan kongsikan butiran peribadi, kewangan atau polisi/sijil anda, atau setuju dengan sebarang perubahan jika anda tidak pasti siapa mereka.

Jika ragu-ragu, sentiasa semak dengan ejen servis anda atau hubungi Etiqa Oneline di 1300 13 8888 untuk pengesahan.