Etiqa hari ini melancarkan 'Etiqa Term Secure' dan 'Etiqa Critical Care' di bawah inisiatif i-Lindung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kedua-dua produk ini boleh didapati dalam bentuk insurans dan takaful melalui laman web ahli KWSP bermula hari ini. Produk-produk ini bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai rakyat Malaysia daripada komuniti B40 untuk diinsuranskan tanpa mengganggu belanjawan bulanan mereka.
Memandangkan kedua-dua produk tersebut disenaraikan di bawah inisiatif i-Lindung, pemegang polisi atau sijil tidak perlu membayar komitmen mereka secara tunai, tetapi potongan terus daripada akaun KWSP kedua mereka. Premium dan sumbangan kedua-dua produk ini boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut keperluan pelanggan. Walau bagaimanapun, ia secara langsung akan mencerminkan jumlah perlindungan polisi atau sijil mereka.
Sebagai Insurans Hayat dan Takaful Keluarga, Etiqa Term Secure akan membayar pampasan kepada setiap pemegang polisi dan sijil yang mengalami Hilang Upaya Kekal Menyeluruh dan kematian akibat kemalangan dengan premium atau caruman serendah RM200 setahun untuk perlindungan bernilai RM200,000. Etiqa Term Secure juga mempunyai jaminan kelulusan 100%, oleh itu pelanggan tidak perlu menyediakan sebarang laporan perubatan untuk membuat pembelian, selagi mereka berumur antara 17 hingga 70 tahun.
Etiqa Critical Care adalah polisi atau sijil yang memberikan perlindungan kepada pelanggan daripada 39 penyakit kritikal standard, termasuk Strok, Kanser, Alzheimer, Serangan Jantung dan banyak lagi dengan premium atau caruman serendah RM30 setahun untuk perlindungan bernilai RM50,000. Proses pengunderaitan produk ini juga tidak memerlukan laporan perubatan.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Zafri Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad dan Encik Paul Low, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Life Insurance Berhad , menyatakan bahawa, “Untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik, seperti yang dinyatakan dalam visi korporat Etiqa, kami perlu menyediakan perlindungan yang berpatutan supaya semua orang dapat merasai ketenangan fikiran, dengan mengetahui bahawa belanjawan bulanan mereka terkawal dan mereka diinsuranskan. Dengan kedua-dua produk ini, pelanggan boleh menyesuaikan pelan mereka, justeru semua ahli KWSP yang berada di bawah kategori B40 boleh diinsuranskan.”
"Satu lagi ciri hebat kedua-dua produk ialah jaminan kelulusan 100%, yang menyediakan pasaran yang lebih luas kerana laporan perubatan tidak diperlukan semasa proses pengunderaitan. Digabungkan dengan antara muka laman web KWSP yang mudah dilayari, proses pengunderaitan akan menjadi 'Cepat dan Mudah', yang mencerminkan budaya organisasi Etiqa." tambah mereka.
Kedua-dua Etiqa Term Secure dan Etiqa Critical Care boleh dibeli dari laman web KWSP, di bawah halaman i-Lindung mulai 12 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Etiqa Oneline di talian 1300 13 8888 atau layari laman web kami di etiqa.com.my